Tuesday 5 August 2008

Liga Super Perdana Malaysia

Can't bring myself not to post this. Kelakow ..

Selepas kita menyaksikan aksi pemain Eropah dari kelab Chelsea mengalahkan
pasukan Malaysia 2-0 di Stadium Shah Alam minggu lepas, Malaysia sekali
lagi bakal menyaksikan aksi sebuah kelab bolasepak ternama dari Tanah
Malaya 1969, BN Athletic dalam siri jelajahnya ke Permatang Pauh
pertengahan Ogos ini sebagai persediaan sebelum musim baru Liga Perdana
Pakatan Rakyat bermula 16 September depan. BN Athletic bakal melayan tuan
rumah, Anwar FC di Permatang Pauh pertengahan bulan ini

Pasukan ini bakal dibarisi pemain-pemain bertenaga hasil gabungan dari
pemain berpengalaman dan baru. Menurut pengurusnya, Sir Abdullah Badawi
pasukan beliau akan menggunakan formasi yang pelik dan tidak penah
digunakan oleh mana-mana kelab di dunia ini. Beliau mempertaruhkan formasi
0-6-4 ketika menentang Anwar FC nanti iaitu tidak menggunakan pertahanan.
Berikut adalah line-up kesebelasan utama BN Athletic :-

Goalkeeper - Ahmad Shabery Cheek. Menjaga benteng pertahanan terakhir pasukan
sama ada membenarkan stesen TV menyiarkan keputusan perlawanan atau tidak
jika pasukannya tewas di tangan Anwar FC atau menyembunyikan keputusan
tersebut. Mampu menangkis rembatan pasukan lawan kerana beliau selalu
meludah lebihan air liurnya untuk disapukan ke kedua-dua glove tangannya
supaya bola melekat.

Right Midfielder – Syed Hamid Albar
. Kemahiran menanduk bola adalah senjata
utamanya kerana kilauan pada kepalanya mampu membuatkan pemain lawan silau.
Ini membuatkan pihak lawan keliru dan sering tertukar menendang kepala
beliau atau bola.

Left Midfielder – Musa Hassan
. Selalu menyimpan senjata mainan seperti
pistol, water canon, belantan dalam poket seluarnya ketika berada di padang
permainan walaupun telah dimarahi penonton sebelum ini. Jerseynya ditempah
khas dengan membuat poket ditepi semata-mata mahu menyimpan gari untuk
digunakan ketika bermain.

Central Midfielder – Abdul Gani Patail
. Pemain ini terkenal kerana sering
mempertikaikan keputusan pengadil. Sering mengeluarkan hujah-hujah ketika
berbalah dengan pengadil. Pernah mengumpul koleksi kad merah dan tiket
kapal terbang MAS ketika beliau sering berulang-alik ke Terengganu
menyelesaikan kes lempar batu dari penonton.

Central Midfielder – Pirdaus Ismail
. Memiliki tendangan kaki yang padu dan
kuat dan sering dibandingkan dengan pemain Eropah lain seperti Francesco
Totti. Mampu menendang selaju 124.2 m/s ke gawang lawan. Apabila ditanya
rahsia memiliki tendangan kuat itu, beliau memberitahu wartawan beliau
berlatih menendang tong sampah ketika pilihan raya.

Defensive Midfielder – Najib Razak ( C4 )
Ketua pasukan yang digeruni pihak
lawan kerana sering mengugut pemain lawan dengan ancaman bom dan bunga api.
Latihan ala ketenteraan beliau banyak membantu mempertingkatkan skill
mengelecek bola. Diarahkan pengurus pasukan supaya menjaga pergerakan
kapten Anwar FC nanti.

Attacking Midfielder – Abdul Rashid Abd Rahman.
Pelik tapi benar. Beliau
merupakan pemain BN Athletic utama tetapi dalam masa yang sama dilantik
menjadi pengadil prlawanan. Banyak mempengaruhi kemenangan BN Athletic
musim lepas sehingga turun divisyen dan kerap membatalkan gol yang
dijaringkan pihak lawan kerana penjaga golnya tidak bersedia.

Centre Forward – Noh Omar.
Pemain yang berani tapi takut. Macam mana tu?
Beliau memiliki mulut yang lantang bercakap di sidang media sahaja. Tapi
apabila beraksi di padang, BN Athletic seolah-olah bermain 10 orang.
Kelibatnya jarang kelihatan di padang. Pernah melabelkan kapten Anwar FC
bukan anak jantan disebabkan bermain di Stadium Permatang Pauh bukan di
Stadium Tertutup Tanjung Karang.

Centre Forward – Shahrir Samad
. Bakal turun sebagai penggempur utama kerana
kelebihan memiliki simpanan minyak yang lebih. BN Athletic betul-betul
memerlukan pemain sepertinya kerana pandai mencurahkan lebihan minyak
subsidi rakyat di tengah-tengah padang permainan dengan tujuan supaya
pemain pihak lawan licin dan terjatuh. Rambut putih ala-ala Beckham beliau
banyak membantu menaikkan populariti beliau musim ini.

Striker – Ezam Md. Noor
. Perpindahan penyerang prolifik ini dari kelab
lamanya Anwar FC banyak menimbulkan tanda tanya berikutan perjanjian harga
perpindahan yang dirahsiakan. Bagaimanapun penyerang ini yang mampu
menyumbat gol dari sudut sukar mempunyai kelebihan mengawal bola di dalam
kotak-kotak penalti. Berapa banyak kotak daaaa…


Striker – Saiful Bukhari (
Terbaru). Penyerang muda ini sekarang menjadi
rebutan kelab-kelab ternama eropah berikutan penyebaran gambarnya dengan
ejen-ejen kuasa besar bolasepak eropah. Bakal menggempur pertahanan Anwar
FC nanti dengan trademark tendangan menggunakan punggungnya yang dipanggil 'reverse ass kick'.


2 comments:

Dentist and Me said...

Ho ho ho ha ha ha hi hi hi keh keh keh kih kih kih koh koh koh haaaaa lucu gitew ! ! !

cuma khanz lu all, ezam tu relevan kah? isu bungalow cash dia tak keluar lagi. Takut dia terganggu je, hi hi hi ha ha ha ho ho ho lucu gitew

Dicken said...

Bungalow kat Bangi ke mana ni? Tak follow la Ezam ni. Tak relevant.